Tuesday, February 3, 2009

fahami,hayati,selami...


Hakikat semalam,hari ini dan esok
Semalam adalah kenangan,Hari ini adalah kenyataan,
Esok adalah impian.
Setiap insan inginkan kepastian,
Kenangan untuk disimpan,
Kenyataan untuk dihadapi,
Impian untuk diangankan.
Kekadang kenangan hendaklah dilupakan,
Untuk menghadapi kebenaran kenyataan,
Supaya impian yang diangankan menjadi kepastian.
Kenangan pahit jadikan panduan,
Yang manis jadikan peringatan.
Kenyataan yang mudah usah dipandang remeh,
Kenyataan yang sukar jangan diketepikan.
Impian menggunung memakan diri,
Tiada impian hanyut haluan.
Tidak kira semalam,hari ini atau esok.
Satu kehidupan ,
Semuanya berkaitan,umpama sebuah roda yang beputar,
Hari ini boleh menjadi semalam,
Esok bakalan menjadi hari ini,
Namun semalam tidak mungkin menjadi hari ini dan esok.
Kerana lumrah alam,
Masa tetapkan berjalan,
Dan saat ia terhenti tak guna segala sesalan.
Semalam,hari ini dan esok diciptakan,
Untuk memberi peringatan,
Kepada insan dibumi tuhan,
Memperbaiki setiap langkah perjalanan,
Menghargai detik dan ketika,
Diperguna sebaik-baiknya,
Agar tidak menjadi sesalan.
Manusia sering alpa kejadian,
Semalam,hari ini dan esok.
Kerna keangkuhan,ketaksuban menguasai diri dan fikiran
.






No comments:

Post a Comment