
Benjamin Button,the Best film ever made!!Sebuah filem yang amat memukau dan wajib ditonton.Anda pasti tidak akan menyesal sebaik sahaja selesai menontonnya.Cuba anda bayangkan anda dilahirkan dengan kecacatan iaitu menghidapi penyakit yang ganjil iaitu tua sebelum waktunya.Begitulah yang berlaku dalam filem ini yang mengisahkan seorang lelaki bernama Benjamin yang dilahirkan dengan wajah tua ketika bayi dan zaman kanak2 tetapi menjadi semakin muda berbanding insan sebayanya yang semakin tua.


Garapan perjalanan cerita Benjamin Button dihasilkan dengan begitu teliti dan sgt indah serta tersusun.Perjalanan ceritanya yang mempunyai pelbagai elemen seperti romantis,jenaka,aksi serta dipenuhi unsur nasihat membuatkan anda tidak akan bosan dan ingin mengetahui kisah lanjut tentang Benjamin sehingga ke penghabisan cerita.Gandingan pelakon hebat iaitu Brad Pitt dan Cate Blanchett memang amat memukau.Selain itu para pelakon pembantu/sampingan yang hebat seperti si ibu (kulit hitam) Benjamin,pak cik2 dan mak cik2 kat umah org2 tua,kwn2 sekerja Benjamin di kapal dll juga banyak membantu kejayaan filem ini.Sememangnya filem ini wajar diberi setinggi2 penghargaan kerana ianya lain daripada lain.Sangat indah,sangat romantis,sangat memukau dan sangat memberi makna ttg kehidupan.Sewajarnya inilah filem yang dicari-cari selama ini.


No comments:
Post a Comment