Thursday, April 2, 2009
Dari Mata Ini Aku Melihat...
aku terlalu sibuk dengan pelbagai urusan..
Seperti yg tepapar sebagai tajuk posting kali ini iaitu "Dari Mata ini aku melihat"
yaa..semenjak dua menjak ini pelbagai perkara berlaku..telah banyak sifat busuk manusia terbongkar akhirnya..
Dari mata ini aku melihat pelbagai ragam,karenah dan sifat manusia di muka bumi ini..
Sesetengahnya sangat menjelikkan..
Manusia,tidak pernah lepas dari godaan syaitan yg menyesatkan..
aku sebagai manusia rasa terpanggil untuk membantu apa yang terdaya..
Tapi aku juga hanya Insan biasa di bumi tuhan ini..aku juga tidak terlepas dari membuat kesalahan..Maafkan aku jika ada salah dan silap.
kawan..amat bermakna bagiku..tetapi rela aku tiada kawan dari ada kawan yang menikam aku dari belakang!! sangat Kotor!
Kekasih..??arghh..aku belum bersedia utk nya..
Seriously i said my Dear..terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidupku dikala ini..
tidak mampu untuk aku memikul beban,tanggungjawab dan komitmen sekaligus.
kala ini aku cukup penat,letih dan kadangkala tertekan dengan perkara2 di sekelilingku..
Tuhan sedang menguji ketabahan aku dan sejauh mana kekuatan aku untuk mengharungi pelbagai dugaan ini..
Aku tabah,aku sedia mengharunginya..tapi aku juga lemah..aku letih dengan semua ini..
Lalu ku ambil keputusan untuk meninggalkan sesetengah perkara..tapi ianya tidak bermakna aku membenci atau tidak menyukai tetapi hakikatnya aku masih lagi tidak berdaya..kedudukan aku di dunia ini masih belum kukuh..
aku belum cukup matang dengan segalanya..
Walaubagaimanapun takkan sesekali aku sia-sia kan hidup ini..
kerna..hidup cuma sekali..
I Love Myself
Thursday, February 19, 2009
Copy Paste!!
sama ada kamu alert atau tidak mengenai hal ini. Aku dpt rencana ni melalui seorang teman yang kasi melalui e-mail.Thanks kwn,email ni bnr2 menarik perhatianku.Jadi aku terasa nak kongsi sedikit sebanyak kat sini. Sebelum itu aku nak tanya kamu, biasa dengar kan perkataan jenayah?
Jenayah mencuri? Merompak?

Tengok gambar atas neh. Aku tak pasti sama ada perang ni dah jadi satu yang memang jenayah atau tidak lagi. Bukan pe, kalau jenayah, mesti dah lama semua yang mulakan perang tuh masuk penjara. Betul kan?
Pernah dengar perkataan Palestine tak? Kamu ade dengar tak yg kita ni kena pertahankan Palestine? Eh apsal kena sebuk-sebuk pasal negara orang kan ?
Untuk yang belum biasa dan tak faham dengan phrase "pertahankan al aqsa", mari kongsi fakta dulu sebelum aku bagi point, kalau tak kang sia-sia je kamu baca point aku tanpa faham basic.
Meh sini duk rapat-rapat sikit dengan skrin monitor supaya kamu dapat baca sebab kenapa kita kena ambil tahu dan pertahankan Palestin serta Masjid Al-Aqsa. Tengok gambar dulu bagi faham k.

ok, kenapa kena pertahankan Al Aqsa, penting sangat ke??
-> Sebab Al-Aqsa kiblat pertama umat Islam sebelum Kaabah. Secara analoginya, kalau Masjidil Haram kena serang dan orang-orang sekitar mati dibunuh dengan kejam, kau marah tak?
-> Cuba bukak Al-Qur'an suratul isra' ayat 1 . Kat situ ada sebut nama Masjidil Aqsa kan ? Ada dalam Qur'an sebut nama masjid kat kampung kamu? Tu maknanya memang sangat penting masjid Al Aqsa ni, juga sebagai masjid ke3 paling suci buat semua umat Islam sampai Allah sebut dalam Qur'an, . Tapi taklah bermakna masjid kat kampung kamu tak penting, ok?
-> Dulu kau sekolah ada belajar kan nabi berniaga ke Syam? Kalau kau ingat lagilah. Ok, Syam skang dah tukar nama jadi Al Quds sejak Islam memerintah kat sana, ia adalah kota lama di Palestin. Nama lain Al Quds adalah Baitul Maqdis. Secara matematik nya, Syam = Al Quds = Baitul Maqdis. Aku rasa buku teks kat sekolah kena terang pasal nilah.Hissh...
Akhir zaman nanti, Baitulmaqdis akan dijadikan ibu negara umat Islam, dan kemajuannya akan membawa kepada tanda-tanda akhir zaman.
Sabda Nabi, "Pembangunan Baitul Maqdis membawa kepada kehancuran Madinah (kerana diserang wabak)", hingga akhir hadith, kamu carilah.Diriwayatkan oleh Nuaim b Hammad, salah seorang syeikh kepada Imam Bukhari.
Kota ini kota suci kita teman, dan Yahudi juga beranggapan ia adalah kota suci mereka. Mereka berjuang untuk dapatkan tanah ini, tapi kita masih blur blur lagi, langsung tak buat ape-ape. Aku pun tak faham...
Ini perkara-perkara terbaru terjadi di Palestin. Yang lama-lama tuh korg cari sendiri memandangkan korg dah taw k?? 1. situasi kini - serangan terbaru habis-habisan dari tentera Israel bermula awal tahun hijrah & awl tahun masihi . Serangan berterusan tanpa ada tanda-tanda nak stop.GILA!!
2. setakat yang aku tahu(ketika artikel ini ditulis), 8 00 mati, 1300 cedera. Ape, sikit je eh? Owh kalau macam tuh kamu cuba kira angka kematian sejak serangan Israel dari tahun 1929 hingga kini. Agak-agak sikit ke banyak?
3. Israel claimed bahawa serangan terbaru ini adalah untuk tujuan keselamatan,bohong semua neh! BENGANG!!Mereka menyerang sebab ada serangan roket oleh pejuang Palestin, padahal serangan roket tu untuk balas provokasi dan pencerobohan tentera Israel ke dalam wilayah Gaza ketika tempoh gencatan senjata sedang berkuat kuasa.
4.. Orang-orang yang sakit teruk, tak dapat keluar dari wilayah gaza untuk dapatkan rawatan kerana dihalang oleh Israel,dan ramai yang mati kerana itu..sedihh.. ;'(
5. Hospital yang ada di Gaza kehabisan gas memasak, dan gas yang sama digunakan juga untuk proses pengeringan tuala dalam proses pembedahan. Pihak rejim Zionis menghalang import ubat-ubatan dan bekalan perubatan kepada Gaza dua tahun lepas, jadi semua pihak hospital Gaza tak bersedia untuk tangani jumlah pesakit yang ramai.
6. Yang paling dekat dengan Palestin adalah Mesir. Tapi Mesir halang sebarang kemasukan bantuan kemanusiaan ke Palestin melalui sempadannya. Cth macam Libya, depa akan hantar lebih banyak kapal bantuan ke Gaza walaupun ia akan bertukar menjadi 'misi maut' kerana berkemungkinan di bom tentera Israel.
7. Penduduk Negara-negara Arab semua sekali 300 juta orang, walhal jumlah penduduk Yahudi Israel 5 juta orang je! Kerajaan-kerajaan Arab dan Islam sekadar nak memerhati dengan tega tanpa sepicing rasa belas kasihan ke?! Mesir masih berdegil membuka pintu sempadan kepada rakyat Palestin. Gila!
8. Jangan terpengaruh dengan media, jangan terpengaruh dengan kata-kata pemimpin US , Mesir dan Israel . Hakikatnya Israel telah menutup sempadan Gaza dan menghalang bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api, bekalan air bersih dan sebarang bentuk bentuan kemanusiaan. Bahkan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Gaza sudah sampai ke tahap di mana mereka terpaksa memakan rumput di tepi jalan untuk meneruskan kehidupan.
9. Sikap kepura-puraan negara Islam/Arab adalah dibidas. Sikap hipokrisi Mesir dikecam kerana mendakwa mereka bersedia untuk mengizinkan rakyat Gaza yang tercedera di bawa masuk melalui sempadan Rafah bagi menerima rawatan. Tetapi sehingga saat ini tidak ada rakyat Gaza yang dibenarkan untuk memasuki Mesir kerana dihalang oleh pasukan keselamatan Mesir. Apabila bantahan dibuat kepada Menteri Dalam negeri Mesir beliau 'berjanji' untuk menyelidiki perkara ini. Soalnya apakah Mesir mengambil sikap membela saudara-saudaranya di Gaza atau tunduk kepada arahan Tel Aviv/USA?
10. Aku benci dengan OIC. Memang owh I seeee..yelah tengok je tanpa buat apa-apa yang drastik sebagai negara-negara Islam. Ape, takut kena serang dengan Israel jugak?? Teman, kalau kamu lupa sejarah tingkatan 5, meh aku ingatkan, penubuhan OIC adalah untuk Palestin, untuk Palestin! Tapi mananya, habuk pun takda!
11. Teman, pertembungan ini adalah di antara umat Islam seluruh dunia dengan Zionis kerana perjuangan Palestin adalah pembebasan Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam serta simbol kemuncak kezaliman & pelanggaran hak asasi manusia yang paling tinggi dan biadab dalam peradaban manusia masakini. Jenayah!!
Meh aku bagi kamu baca sikit petikan dari ucapan wakil HAMAS waktu mereka datang ke Malaysia dulu. HAMAS ni adalah kira macam kerajaan yang memerintah Palestin. Walaupun Palestin langsung tak diiktiraf sebagai sebuah negara. Owh cuba check peta tengok.
"Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. "
Teman, mereka dah lama jadi wakil bagi kita. Dah lama sengsara, dah lama berjihad bagi pihak kita! Tapi kita langsung tak ambil tahu tentang mereka. Langsung tak... ;'(
HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. "Itulah janji kami.
"Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia . Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia."
Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya??? "
"Pelajar-pelajar sana tak dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat."
Mereka nak pergi exam, tapi kita kat sini taknak belajar. Sia-siakan peluang yang diberi. Dimanjakan dengan kemewahan dan keamanan negara.Kamu tak bersyukur teman!!
"Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?"
Dimana kamu teman...dimana negara-negara Islam..bukankah kita semua yang beragama Islam adalah bersaudara? Atau apakah kamu lupa teman??
"Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?"
"Umat Islam di Malaysia sekelian,
Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda."
"Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja , nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya."
"Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu."
Ke mana perginya OIC..kemana OIC..mana hilangnya objektif penubuhan OIC..mana..mana..
"Wahai saudara-saudaraku sekalian, kami tidak perlukan saudara untuk pergi ke Palestine untuk membunuh Yahudi, pemuda-pemuda kami masih cukup untuk menghadapi Yahudi. Kami hanya perlukan sokongan, doa, wang dari kalian. Biar diakhirat nanti, dihadapan Allah...Kami akan mengakui bahawa kalian rakyat Malaysia telah menolong kami, berdoa untuk kami, bersedih bersama kami, syahid bersama kami. Ketahuilah sumbangan kalian tidak sia-sia, darah dan air mata yang tumpah tidak sia-sia. Semuanya ada nilai disisi Allah."
"Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami taba h di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini..."
Apa yang perlu kita buat???
Ada TIGA benda yang kita boleh buat.
1. DOA
Dah jadi fardhu 'ain untuk kita berdoa buat saudara kita di Palestin dan negara-negara Islam lain. Dalam solat tuh, masuk sket ruang doa buat mereka. Tolonglah..boleh kan ? Skang ni jom sama-sama baca doa kat bawah ni.
"Oh Allah support the Islam and Muslimeen in Palestin, Oh Allah make their hearts firm (in Imaan, Taqwaa, Tawakkul etc.), Oh Allah make their feet firm (uncompromising and steadfast), Oh Allah support them (the Mujaahideen) over those who show animosity to them, Oh Allah destroy their enemies, Oh Allah shake the earth beneath their (the enemies) feet, Oh Allah support our scholars, Oh Allah be with them and protect them, please accept our du'aas you are indeed the best knower and the best listener..ameen ameen"
2. WANG
Teman ku sayang, tak perlu berjuta pun. Tiket wayang boleh beli, takkan RM5 pun takleh bagi? RM10 kamu pun macam air je skarang neh. Tak payah jumpa sesapa nak bagi sumbangan, senang je, boleh bank in kan . Kalau lokek sangat, nak bagi RM1 pun takpelah, kumpul-kumpul dengan teman-teman kamu lepas tu bank in kan Sumbangan ke akaun Aman Palestin.
3. SOKONGAN
Part ni general sangat. Boleh bahagi banyak.
a) Hey kamu semua yang membaca entry ni dan yang ada blog. Kamu boleh menulis macam-macam kat blog kamu pasal tahun barulah, pergi makan lah dan apa segala. Takpe, tak salah pun, cuma aku rasa boleh kot sambil-sambil tuh kamu tulis pasal Palestin neh. Boleh kan ? Tak susah kan ? Tulis sikit je. Sebab aku tahu blog kamu ramai pembaca, komen berjela-jela.
Beruntunglah kamu jika kamu ramai pembaca dan kamu menulis mengenai Palestin! Sebarkanlah berita dan pengetahuan ini. Aku menulis di atas nih daripada basic, sebab aku rasa cam sia-sia kot aku menulis kalau yang membaca tatau hape lagi pasal Palestin. Sekurangnya faham idea, dan faham kenapa.
Boleh ye teman tulis pasal ni kat blog kamu? Tak lokek kan ?
b) Bagi sokongan kalau ada yang sedang berkempen pasal Palestin.
c) Sambil-sambil sembang ngan member-member tuh, silalah bercakap sket pasal ni. Pandai-pandai kamulah nak cakap macam mana. Announce sekejap kat depan kelas pun okay sementara nak tunggu kelas mula. Announce kat ofis ke. Pandai-pandai la.
Teman, dah berjela aku menaip, kalian dah faham belum hal sebenar? Kalian dah sedar belum dari lena? Aku mengumpul kekuatan untuk menaip entry yang sebegini, sebab airmata aku takkan dapat aku tahan. Selama 4 tahun aku blogging, ini baru kali ke2 aku menulis isu Palestin. Sebab aku memang tak mampu nak menulis, tapi kena tulis jugak ah! Yang pertama ada di sini .
Aku sangat harap kerajaan Malaysia buat sesuatu. Dan aku tak rasa penyokong kuat Israel wajar di back up setelah dibaling kasut biarpun dia ketua kerajaan sekalipun. Malah dia deserved lebih dari tu lagi! Isu Palestin ni patut jadi bahan perbincangan di Parlimen. Sekurang-kurangnya zaman Tun Dr Mahathir dulu, beliau lantang suarakan hal ni.. Waktu tu Malaysia banyak menyumbang, namun aku harap tindakan lebih drastik dilakukan memandangkan ade spesifik OIC tuh.
OIC dengan NAM harapnya jadi agresiflah, drastik. Ada kuasa kan, guna lah. Jangan buat tindakan sama macam kami rakyat yang takde kuasa nih. Kalau macam tu, sama je kalau takda pertubuhan pun. Aku kesal gila November lepas bila Parlimen Malaysia menolak untuk bincangkan usul mengenai tindakan kejam regim Zionis Yahudi mengepung Semenanjung Gaza, Palestin dengan alasan usul itu tak perlu disegerakan.Owh my.....
Usaha korang nak habiskan baca entry ni, aku kira jihad jugaklah. Alhamdulillah. Lepas ni bolehla ye mula dengan TIGA perkara tadi. Tolonglah..plss..(SEKIAN)
Tuesday, February 17, 2009
Benjamin Button

Benjamin Button,the Best film ever made!!Sebuah filem yang amat memukau dan wajib ditonton.Anda pasti tidak akan menyesal sebaik sahaja selesai menontonnya.Cuba anda bayangkan anda dilahirkan dengan kecacatan iaitu menghidapi penyakit yang ganjil iaitu tua sebelum waktunya.Begitulah yang berlaku dalam filem ini yang mengisahkan seorang lelaki bernama Benjamin yang dilahirkan dengan wajah tua ketika bayi dan zaman kanak2 tetapi menjadi semakin muda berbanding insan sebayanya yang semakin tua.


Garapan perjalanan cerita Benjamin Button dihasilkan dengan begitu teliti dan sgt indah serta tersusun.Perjalanan ceritanya yang mempunyai pelbagai elemen seperti romantis,jenaka,aksi serta dipenuhi unsur nasihat membuatkan anda tidak akan bosan dan ingin mengetahui kisah lanjut tentang Benjamin sehingga ke penghabisan cerita.Gandingan pelakon hebat iaitu Brad Pitt dan Cate Blanchett memang amat memukau.Selain itu para pelakon pembantu/sampingan yang hebat seperti si ibu (kulit hitam) Benjamin,pak cik2 dan mak cik2 kat umah org2 tua,kwn2 sekerja Benjamin di kapal dll juga banyak membantu kejayaan filem ini.Sememangnya filem ini wajar diberi setinggi2 penghargaan kerana ianya lain daripada lain.Sangat indah,sangat romantis,sangat memukau dan sangat memberi makna ttg kehidupan.Sewajarnya inilah filem yang dicari-cari selama ini.


Friday, February 13, 2009
SELAMAT HARI KEKASIH!!!
Kerna berkasih sayang itu Indah..dah kenikmatannya tidak terkata.Eceh!!
Akhir kata,untuk hari yang terimewa ini aku ingin ucapkan dengan seikhlas hati kepada insan yang tersayang,SELAMAT HARI KEKASIH!!Hari kasih,Hari Cinta,Hari Sayang... Saya cinta anda hari-hari..hehe.. Muahxx muahxx muahxx!!! ;P
Thursday, February 12, 2009
Selamat Semua!!
Wednesday, February 4, 2009
aku insan Keliru!!
aku maseh tercari2 konsep yg aku nk bwat kt blog nii..
cmne ekh?? kelirulahh..xtaw nk bwat cmne neyh..nak wat ala2 gile2,kecoh2 ker?
or nk bwat ala2 berbudaya,bermaklumat dan bersantun sket..??huhuuuu..
mne uols ske..satu blog yg pengisiannye lebih kpd gile2 remaja dan bahsenye yg kucar kacir,cite2 yg bukn2 @ satu blog yg lbh kpd ilmiah,mengasah pemikiran dan bermaklumat semase..x boring ke cmtuu..
aiyoo..klu de pendapat bernas kowank bgtaw ekh..
Bersama kite memajukan Bloggers2 Malaysia!
Malaysia Boleh,Bloggers Malaysia BoleH!! oyeahhH!!!!!!
Tuesday, February 3, 2009
fahami,hayati,selami...

Semalam adalah kenangan,Hari ini adalah kenyataan,
Esok adalah impian.
Setiap insan inginkan kepastian,
Kenangan untuk disimpan,
Kenyataan untuk dihadapi,
Impian untuk diangankan.
Kekadang kenangan hendaklah dilupakan,
Untuk menghadapi kebenaran kenyataan,
Supaya impian yang diangankan menjadi kepastian.
Kenangan pahit jadikan panduan,
Yang manis jadikan peringatan.
Kenyataan yang mudah usah dipandang remeh,
Kenyataan yang sukar jangan diketepikan.
Impian menggunung memakan diri,
Tiada impian hanyut haluan.
Tidak kira semalam,hari ini atau esok.
Satu kehidupan ,
Semuanya berkaitan,umpama sebuah roda yang beputar,
Hari ini boleh menjadi semalam,
Esok bakalan menjadi hari ini,
Namun semalam tidak mungkin menjadi hari ini dan esok.
Kerana lumrah alam,
Masa tetapkan berjalan,
Dan saat ia terhenti tak guna segala sesalan.
Semalam,hari ini dan esok diciptakan,
Untuk memberi peringatan,
Kepada insan dibumi tuhan,
Memperbaiki setiap langkah perjalanan,
Menghargai detik dan ketika,
Diperguna sebaik-baiknya,
Agar tidak menjadi sesalan.
Manusia sering alpa kejadian,
Semalam,hari ini dan esok.
Kerna keangkuhan,ketaksuban menguasai diri dan fikiran.
1st February,mbawa byk kemanisan
Tarikh itulah aku mengalami satu peristiwa yg sukar tuk dilupakan..Tgh malam,dikapan,diusung ke perkuburan,dibacakan Talkin,diletakkan di lubang kubur dan juga ditinggalkan bersendirian.
Saat itu,aku x rase ape2 sgt..cume sdikit sebanyak rase insaf menerjah kedalam diri.Insafnya aku ketika semua org mendoakan aku,dan plg menginsafkan tatkala Ustaz mambaca talkin seolah2 aku betol2 mati pd mlm itu.As a good actor,aku pon cubelah menyelami watak yg diamanahkan kepadaku.wow!sebak jugak rasenye..huhuu..cube korg bygkan korg mati dlm keadaan yg blom sempat utk bertaubat mahupun memohon kemaafan dr insan2 tersayang.Komen dr kwn2,peristiwa tersebut sgt mnyentuh prasaan.Melihat kematian dan kehilangan seorang kwndi depan mata.Selepas dr peristiwa itu,ya aku rasakan ada kelainan dlm diri ini,the new me,New redzuan!(tp x lame,pastu NOTY balek!) hahaa.. ;P
Thanks to Sharif amang B. Sharif Miasin,selaku presiden prostar dan juga my best friend kerana dialah yg mncadangkan nama aku utk jadik model jenazah!(mentang2la aku yg plg kecik&comey kt situ).. Mcm2 mnde besh yg aku alami aritu,nnt2la aku story lagik bile dah dpt pic2 kt kem tu keyhh!I really enjoy that nite and whole camp,next time nk Join lagik!huhuu.. ;P
Kendian...mlm-nye aku dikejutkan ngan satu panggilan! WoW,my cyg telepon,mata yg tadi amat berat tros terbuntang luas!hahaa..penangan my cyg punye psl.Ngan tetiber je cyg bgtaw nk dtg s.alam & nk jmpe i.aiyoo..dup dap dup dap!jantong neyh..mcm nak pecah!terkejot giler uols..hehe.But mlm tu ter'sgt bahgie rasenye,sronoknye dpt jumpe my cyg for the first time.Cyg ingin kunyatakan tnpa rase malu disini,I love U so Much cyg...hehe ;P
Thursday, January 29, 2009
Bermulanya al-kisah(dimulakan dgn Bismillah) ;)
Adalah dimaklumkan bahawa segala tulisan dan kenyataan yg terkandung/tercatat di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata dan adalah menjadi hak saya selaku tuan tanah utk menulis apa2 sahaja yg disukai.Begitu juga dgn mana2 maklumat yg disampai/disiarkan adalah mnjadi kebebasan saya oleh itu jika menginggung mana2 pihak harap maaf.kikikiki~~
If u dont Like it,u may leave it! but dont u regret after u leave it..huhuhu~